• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Teruskan Lantikan 3 Duta Khas

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan semalam bersetuju meneruskan lantikan tiga pemimpin politik sebagai Duta Khas ke Asia Tengah, China dan Asia Timur.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan ringkas, berkata keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung semalam.

“Mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung pada 1 September 2021 bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah; Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur,” katanya.

Sebelum ini, status ketiga-tiga pemimpin politik itu sebagai Duta Khas menjadi tanda tanya susulan peletakan jawatan Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pembubaran Kabinetnya.

Pada 2 April tahun lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pelantikan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS, sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Tengah bertaraf menteri berkuat kuasa serta-merta.

Kira-kira tiga minggu kemudian pada 20 April 2020, pejabat sama mengumumkan pelantikan King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf menteri ke China manakala Richard yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dilantik menjadi Duta Khas ke Asia Timur pada Mei tahun lalu. – BH Online

Tags: asia tengahAsia TimurChinaduta khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd