• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Gagal Lucut Hak Wang 9 Entiti Termasuk UMNO, Wanita MCA

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan kerajaan untuk melucut hak harta lapan entiti termasuk UMNO dan Wanita MCA membabitkan wang juta ringgit.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut membenarkan rayuan Badan Perhubungan UMNO Pahang bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan melucut hak RM2,479,300.18 yang disita daripada badan perhubungan UMNO negeri itu.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada prosiding itu turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais melalui prosiding dalam talian, Zoom.

Terdahulu, Hadhariah dalam membacakan penghakimannya, berkata mahkamah itu mendapati Hakim Mahkamah Tinggi dalam rayuan UMNO Pahang terkhilaf apabila tidak menghiraukan fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa duit yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah dibelanjakan dan wang itu adalah dari sumber lain yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

“Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan ini membenarkan rayuan perayu dan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan melucut hak RM2,479,300.18 disita daripada Badan Perhubungan UMNO negeri itu,” katanya.

Sementara itu, dalam penghakiman membabitkan permohonan kerajaan untuk melucut hak harta lapan entiti termasuk UMNO dan Wanita MCA membabitkan wang juta ringgit, Mahkamah Rayuan berpendapat tiada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu katanya, Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan pendakwaan dan bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa duit yang diterima daripada Najib adalah pembayaran bagi perkhidmatan yang diberikan oleh responden kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Responden menyokong kes mereka dengan bukti dokumen seperti invois. Selain itu responden juga tiada pengetahuan dan sebab untuk mengesyaki bahawa duit yang diterima daripada Najib adalah hasil aktiviti haram.

“Hakim Mahkamah Tinggi berpendapat adalah tidak adil untuk melucut hak terhadap duit responden tanpa bukti daripada pendakwaan bahawa wang berkenaan adalah hasil aktiviti haram dan menolak permohonan pendakwaan,” katanya.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang RM192,965,413.61 milik UMNO; Wanita MCA (RM300,000), Perano iaitu sebuah syarikat menjual hijab dan Binsabi Sdn Bhd, yang membekalkan khemah, masing-masing membabitkan jumlah RM337,634.78 dan RM827,250; Habib Jewels Sdn Bhd (RM100,000); K&Z Enterprise Sdn Bhd (RM138,359.60); Badan Perhubungan UMNO Kedah (RM1.05 juta) dan Hattatex Trading (RM111,590).

Badan Perhubungan UMNO Pahang pula mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucut hak RM2,479,300.18 yang disita daripada badan perhubungan UMNO negeri itu. – BH Online

Tags: lucut hak wangUMNOWanita MCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd