Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Anak Muda Harus Ada...

NILAI – Semangat Pendeta Za’ba harus ditiupkan khususnya dalam kalangan anak muda di...

Polis Siasat Isu Remaja...

IPOH - Polis Perak akan menyiasat dakwaan menyatakan seorang remaja lelaki dipukul sehingga...

Hospital Singapura Mula Hidang...

SINGAPURA - Pesakit beragama Islam kini boleh memanfaatkan kemudahan lebih luas semasa mendapatkan...

Tindakan Tegas Pelatih Sertai...

MARAN - Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas terhadap pelatih atau kakitangan...

Kematian Akibat Covid-19 Tunjuk Trend Penurunan

PUTRAJAYA – Kes kematian akibat Covid-19 di negara ini terus menunjukkan trend penurunan iaitu sejumlah 99 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Menurut data yang dikongsi di laman web COVIDNOW, selain itu terdapat 193 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’ turut dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu yang direkodkan meninggal dunia ialah 292 kes.

Daripada jumlah keseluruhan kes kematian yang dinyatakan itu, sebanyak 65.44 peratus kes belum lengkap divaksinasi manakala 52.66 peratus sudah lengkap menerima pelalian berkenaan.

Secara keseluruhannya Sabah menjadi negeri tertinggi melaporkan kes kematian semalam termasuk jumlah tertunggak iaitu sejumlah 84 kes, disusuli Lembah Klang dengan 63 kes membabitkan Selangor (45) dan Kuala Lumpur (18).

Turut mencatatkan kes kematian ialah, Kedah dengan 36 kes, Negeri Sembilan (29), masing-masing 16 kes kematian dilaporkan di Johor dan Pulau Pinang, Kelantan (13), Perak (11), Sarawak (sembilan), Pahang (tujuh), Terengganu (empat) dan masing-masing dua kes di Melaka dan Perlis.


Hanya dua wilayah iaitu Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang pertambahan kes kematian semalam.

Dalam pada itu, bagi kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini, data berkenaan memaklumkan sehingga jam 11.59 malam semalam, terdapat 237,277 kes dengan sebanyak 197,225 kes (83.1 peratus) masih menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) terdapat 25,635 kes (10.8 peratus), hospital (13,079), unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan alat bantuan pernafasan (721) dan ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (617). – myMetro Online

Kategori