• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Disiplin Diri Untuk Kawal Penularan Covid-19 – PM

oleh
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah ‘mengurung’ rakyat bagi menangani penularan Covid-19 tidak lagi sesuai malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan kini melihat keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

“Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri, untuk jaga disiplin. Hari pertama apabila ada tempat percutian dibuka, ada yang masih tidak pakai pelitup muka pun.

“Masa depan negara kita untuk bebas dari Covid-19 bergantung pada kita sendiri.

“Kita tidak boleh harapkan orang lain, kawalan kendiri sangat penting, kalau tidak usaha kita selama ini akan jadi sia-sia sahaja,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurutnya, data pemberian terkini vaksin menunjukkan seramai 74.7 peratus rakyat dewasa di negara ini sudah menerima dua dos vaksin manakala satu dos adalah seramai 91.6 peratus.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan meneruskan dasar dan strategi bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat terutama isi rumah miskin dalam kalangan bawah 40 (B40) bagi membantu ekonomi rakyat untuk jangka masa sederhana dan panjang.

“Langkah ini akan dilaksanakan melalui program peningkatan pendapatan dan keupayaan, menambah baik akses daripada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan, menggalakkan keusahawanan dan akses kepada pembiayaan kewangan dan meningkatkan perlindungan sosial.

“Pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan di bawah lapan pakej rangsangan sepanjang pandemik melanda negara kebanyakannya adalah bersifat jangka masa pendek bagi mengurangkan tekanan terhadap individu serta isi rumah yang terkesan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai langkah yang diambil kerajaan dan penjelasan berkenaan pendapatan isi rumah kasar bulanan yang menurun sehingga 10.3 peratus. – myMetro Online

Tags: Ismail Sabri Yaakobpandemik COVID-19Perdana Menteripersidangan dewan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

PMX Anwar Seru Rakyat Bersyukur Tiada Catuan Bahan Api, Banyak Negara Hormati Malaysia

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya terus bersyukur dengan kemampuan kerajaan mengawal impak krisis global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd