• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dalang Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

oleh
01/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket kartel penipuan projek-projek kerajaan berdepan penjara sehingga 483 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Adly Kamarudin, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 69 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Prosiding pembacaan pertuduhan itu mengambil masa lebih sejam bermula pukul 10.20 pagi dengan tertuduh kelihatan tenang.

Mengikut kesemua pertuduhan, Adly didakwa telah melakukan persubahatan dengan mengarahkan seramai lapan orang pekerjanya untuk memalsukan 69 dokumen pelbagai projek dengan tujuan
menipu Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Kesemua projek itu termasuk projek jalan, pembinaan kolej dan penghawa dingin di beberapa universiti awam, bangunan hospital, rumah kakitangan Felda serta pemasangan mekanikal kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor dan Bentong, Pahang.

Perbuatan itu dilakukan bermula Jun 2019 hingga September 2020 di sebuah rumah banglo, Bandar Baru Bangi.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan bagi semua pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jumlah jaminan dan syarat tambahan lain termasuk pemakluman secara e-mail kepada mahkamah dan pihak pendakwaan dalam tempoh tujuh hari sebelum ke luar negara.

Turut dibenarkan adalah penyelesaian ikat jamin sehingga pukul 11 pagi esok.

Kosmo! pada 7 April lalu melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk hanya mengambil tujuh tahun untukmengumpul kekayaan melampau yang mencecah jutaan ringgit menerusi penglibatannya sebagai kartel projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion.

Kemewahan yang dimiliki suspek itu terbongkar selepas SPRM menahan suspek pada 4 April lalu serta membuat rampasan dan sitaan pelbagai aset termasuk kenderaan mewah, wang tunai, kapal layar serta dua buah helikopter persendirian. – K! ONLINE

Tags: Hukuman Penjaraprojek kerajaansindiket kartel penipuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd