• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caruman PERKESO Untuk Suri Rumah

oleh
03/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Sumber Manusia sedang merangka peluasan konsep jaringan keselamatan sosial khusus kepada suri rumah bagi membela nasib golongan itu sekiranya ditimpa musibah serta insiden tidak diingini.

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi yang mana konsep sedia diguna pakai seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dikenakan ke atas golongan pekerja.

“Kita akan beri (kenakan) caruman jaringan keselamatan kepada golongan ini sebab dalam keadaan ekonomi yang lembap ketika ini, ada suami yang tidak bekerja serta tidak mampu memberikan perubatan sewajarnya kepada isteri yang menghidapi penyakit kronik.

“Bukan senang menjadi suri rumah. Maka, inilah waktunya kita perlu betul-betul berikan jaringan keselamatan kepada wanita yang sentiasa berada di rumah.

“Suami hanya (perlu) membayar RM10 sebulan untuk (caruman) jaringan keselamatan isteri. Kalau RM10 sebulan pun suami tidak mahu bayar untuk isteri mereka, jadi (maka) saya rasa ‘something wrong’ (sesuatu yang tidak kena),” katanya.

Saravanan berkata, ketika ini PERKESO sedang mengaturkan konsep jaringan keselamatan berkenaan kepada kira-kira 150,000 suri rumah yang didaftarkan dengan program e-Kasih.

Terdahulu beliau ditemui pemberita ketika menziarahi E Philomena, 59, di Taman Buntong Ria, di sini, hari ini.

Philomena adalah balu kepada pengawal keselamatan, S Thavasagayam, 64, yang meninggal dunia 27 Ogos lalu selepas lapan bulan dirawat akibat diserang ketika bertugas di kolam renang di sebuah kondominium di sini pada Disember lalu.

Saravanan turut menyaksikan penyampaian tiga faedah PERKESO kepada Philomena iaitu Faedah Hilang Upaya Sementara RM12,737; Faedah Pengurusan Mayat PERKESO (RM2,000) dan Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM1,143 yang dibayar secara bulanan untuk seumur hidup.

Hadir sama Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kelembapan kadar pertubuhan ekonomi masa kini susulan pandemik Covid-19 tidak sesekali dapat dijadikan alasan kepada golongan majikan untuk culas membayar caruman PERKESO pekerja.

“Saya menasihatkan serta memberi amaran, dalam negara menghadapi pandemik, jangan masing-masing ambil kesempatan untuk tidak bayar caruman PERKESO pekerja.

“Saya lihat sudah terlalu ramai (berbuat demikian) dan ini adalah sesuatu yang menyedihkan. Memang kita tidak boleh lari daripada kelembapan ekonomi tetapi apabila sesuatu tidak diingini berlaku kepada pekerja, maka ia akan jadi isu besar.

“Justeru saya akan minta penguat kuasa PERKESO jalankan pemeriksaan yang akan turut disertai bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya memastikan nasib warga kerja terbela, ini sangat penting,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kementerian Sumber ManusiaPerkesosuri rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

Suri Rumah Sidai Pakaian Terkejut Lihat Lelaki Panjat Tembok Masuk Rumah

02/09/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang menyidai pakaian di halaman terkejut apabila mendapati seorang lelaki memanjat tembok untuk menceroboh rumahnya...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd