• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersama Tangani Kecenderungan Bunuh Diri

oleh
10/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan merayu semua pihak memainkan peranan bagi mengatasi peningkatan risiko tingkah laku bunuh diri ketika ini, yang dipengaruhi akibat pandemik COVID-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata pandemik selama lebih setahun lalu itu menjejaskan kesihatan mental kebanyakan individu, yang meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak yang berdepan gangguan emosi untuk mendapatkan bantuan, manakala individu lain boleh memainkan peranan dengan mengambil tahu situasi keluarga dan rakan masing-masing.

“Pandemik ini sangat memberi kesan kepada semua orang dan meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

“Bunuh diri boleh dielakkan. Kita semua perlu memainkan peranan. Dapatkan bantuan, belajar untuk mengenal pasti tanda tingkah laku, tunjukkan keprihatinan, jangan diskriminasi.

“Kami bersedia untuk membantu anda,” katanya menerusi Twitter, hari ini, sempena sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia (WSPD) 2021.

WSPD yang disambut pada 10 September setiap tahun, dianjurkan Persatuan bagi Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa (IASP) yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi menggambarkan komitmen global untuk memberi fokus terhadap pencegahan bunuh diri.

Sementara itu, Khairy menerusi rakaman video, menegaskan individu yang berdepan gangguan emosi perlu menyedari yang mereka tidak keseorangan.

“Kepada individu yang sedang bertarung dengan kemurungan, keresahan. Anda tidak keseorangan. Jangan anggap anda keseorangan, walaupun anda di saat paling gelap.

“Bantuan tersedia. Harap anda dapat mengatasinya dan kami sedia membantu anda,” katanya.

Khairy turut meletakkan dua talian yang boleh dihubungi bagi mereka yang berdepan gangguan emosi dan memiliki hasrat bunuh diri, iaitu Talian Kasih (15999) dan Befrienders (03-76272929).

COVID-19 yang mula menular pada akhir Disember 2019, memberi kesan pada kesihatan mental masyarakat akibat pelbagai faktor, antaranya kesan sosial seperti sekatan pergerakan, serta impak ekonomi akibat kehilangan pekerjaan.

Semalam, BH melaporkan pandemik itu turut memberi kesan pada petugas kesihatan negara apabila lebih 70,000 dikesan mengalami pelbagai gangguan emosi seperti tertekan, kemurungan dan kecelaruan, selain kelesuan melampau selepas berdepan COVID-19 sejak Januari tahun lalu.

Ada kakitangan kesihatan yang ditemu bual BH, mengaku menangis setiap hari selama sebulan apabila pulang ke rumah, tertekan, berasa tidak berguna kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit, selain kemanusiaan diri tercabar apabila terpaksa memilih pesakit yang perlu ‘dilepaskan’ setiap hari.

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) pula mendedahkan ada petugas kesihatan yang terdesak akibat gangguan emosi disebabkan pandemik COVID-19, mengambil dadah dan pil tidur bagi mengurangkan tekanan, selain mereka berisiko berdepan gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), yang boleh membawa kepada keinginan bunuh diri. – BH Online

Tags: bunuh diriKKMpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berpanas, Angin Kencang Antara Cabaran Getir Petugas SJR

Next Post

Henti Gelar Montel, Debab, Ketot, Jongang

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Henti Gelar Montel, Debab, Ketot, Jongang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd