• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

27 Kementerian Selesai Gulung Usul Titah Diraja

oleh
24/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Minggu kedua persidangan Dewan Rakyat menyaksikan Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membangkitkan pelbagai isu pada sesi perbahasan dan dijawab oleh menteri berkaitan dalam masa dua hari sesi penggulungan.

Sebanyak 27 kementerian selesai menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bermula Rabu lepas dimulakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan berakhir dengan Jabatan Perdana Menteri.

Sebanyak 91 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan bermula 14 September dan sepanjang persidangan kali ini, Ahli Parlimen baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang mengutarakan soalan dan perbahasan tanpa menimbulkan ‘kekecohan’ tidak perlu.

Setiap soalan rata-ratanya berkaitan kepentingan di kawasan masing-masing, dijawab oleh menteri atau timbalan menteri dan kebanyakan jawapan diterima dengan baik.

Antara yang menarik perhatian adalah isu pembukaan sekolah dengan Kementerian Pendidikan memaklumkan akan membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 kepada sekolah berasrama dan sekolah harian di bawah kementerian itu, sebelum murid memulakan sesi persekolahan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan menyatakan meskipun penularan kes COVID-19 masih tinggi, berdasarkan indikator penting, ia mula menunjukkan trend penurunan dan memberikan sinar ke arah proses pemulihan negara yang lebih baik.

Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan projek pembinaan menara telekomunikasi baharu akan dilaksanakan segera untuk memastikan pelaksanaan program jalur lebar dan khidmat 4G di negara ini.

Rang Undang-undang Anti Lompat Parti juga dibangkitkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu sidang dewan Peguam Negara telah menerima arahan untuk menggubal undang-undang itu.

Dalam pada itu, Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021 adalah satu-satunya yang dibentang bagi bacaan kali pertama dalam tempoh dua minggu persidangan.

Sidang bersambung Isnin ini dengan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – BERNAMA

Tags: kementerianpersidangan dewan rakyatUsul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

21/08/2024
0

PUTRAJAYA : Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian...

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd