• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

156 PPV Untuk Vaksinasi Remaja Secara ‘Walk-In’

oleh
21/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Intergrasi dikenal pasti bagi menyediakan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ kepada remaja, di seluruh negara.

Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata pemberian vaksin secara ‘walk-in’ kepada remaja menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja itu akan bermula Khamis ini.

Katanya, pelaksanaan kaedah ‘walk-in’ berjadual akan dilakukan mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti dan akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

“Jadual akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa. Kaedah ‘walk-in’ ini membabitkan semua kategori remaja, termasuk mereka yang tidak bersekolah.

“Bagi remaja yang tidak bersekolah, mereka dibenarkan untuk datang ke mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman.

“Namun, jika kuota vaksin di PPV itu habis untuk hari berkenaan, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta berdekatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata terdapat beberapa kaedah akan digunakan bagi mempercepatkan proses vaksinasi bagi remaja iaitu secara jangka luar (outreach) iaitu ke sekolah atau institusi berjadual.

Katanya, bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah di sekolah asrama penuh atau asrama harian, janji temu dos pertama vaksin COVID-19 akan diberikan di klinik atau sekolah yang berhampiran tempat tinggal mereka, manakala vaksin dos kedua akan diberi di sekolah.

Selain itu, remaja dengan komorbid perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.

Mereka yang gagal hadir semasa janji temu di sekolah, akan diberi janji temu di klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan 1 itu berkata, bagi remaja yang menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS) dan berusia bawah 18 tahun, mereka dibenarkan untuk ‘walk-in’ di semua PPV sedia ada dengan hanya menunjukkan pengenalan diri sebagai pelajar IPTA atau IPTS.

“Ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi mereka.

“Bagi pelajar yang sudah mendapatkan tarikh vaksinasi di sekolah, mereka perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan ke PPV Awam atau Integrasi,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata, bagi mengelakkan kesesakan di PPV, hanya seorang ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk tujuan vaksinasi.

“Ibu bapa juga dinasihatkan supaya anak mereka mendapat rehat pada malam sebelumnya, bersarapan pagi dan mengambil air secukupnya sebelum ke PPV.

“Ibu bapa juga perlu mengawasi remaja supaya tidak melakukan aktiviti lasak bagi tempoh tujuh hari selepas vaksin,” katanya. – BH Online

Tags: pelajar sekolahPICK Remajapusat pemberian vaksinvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd