• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Muhammad Aming

oleh Mohd Arshad
30/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Aming Salleh Abdullah, yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas pada 1.30 pagi.

Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya berkata, beliau pernah membuat hantaran mengenai kanak-kanak itu di media sosial pada 23 Januari lalu, semasa menjawat jawatan Menteri Kanan Keselamatan berkaitan nasihat yang disampaikan olehnya.

“Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi,” katanya menerusi hantaran itu.

Muhammad Aming, 8, sebelum ini tular dengan perkongsian video berbentuk nasihat di Facebook, yang disifatkan sebagai comel serta kepetahannya menyampaikan nasihat secara bersahaja dalam loghat Sabah.

Antara video yang mendapat perhatian adalah tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berhadapan pandemik Covid-19. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri Yaakobmeninggal duniaMuhammad Aming Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd