• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Peletakan Jawatan Saya Adalah Tidak Berbangkit” – PM

oleh
04/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkannya bahawa masih mempunyai kepercayaan majoriti pada masa ini.

Katanya, perkara itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Seri Paduka pada hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan lapan ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepadanya.

Kata Muhyiddin, beliau telah menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong semalam yang memaklumkan berkenaan perkara itu.

“Di dalam warkah ini, Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Pertama, Perkara 43 (2) (a) iaitu “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Kedua, Perkara 43 (4) iaitu, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, beliau telah dititah menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11 pagi hari ini.

“Dalam majlis menghadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Muhyiddin YassinPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd