• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin, Jemaah Menteri Letak Jawatan

oleh
16/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini, berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Dalam Perutusan Khasnya, Muhyiddin berkata, beliau menghadap Al-Sultan Abdullah pada 12.30 tengah hari di Istana negara.

Belia berkata, dalam sesi menghadap itu, beliau menyerahkan warkah peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Ini bermakna, saya dan seluruh Jemaah Menteri meletak jawatan. Walaupun saya pada awalnya mencadangkan keabsahan saya sebagai PM ditentu di Parlimen, namun 15 Ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepada saya dan cadangan kerjasama rentas parti ditolak pembangkang.

“Jelas, saya kehilangan majoriti dan tidak perlu lagi keabsahan saya ditentukan di Parlimen. Maka hari ini, saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri sebagaimana perkara 43 (4) Perlembagaan Pedrsekutuan,” katanya.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya.

Beliau kemudian bergerak ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan rasminya dan tiba pada 12.23 tengah hari, sebelum meninggalkan Istana Negara pada 1 tengah hari.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah pada 1 Mac 2020. – myMetro Online

Tags: jemaah menteriMuhyiddin YassinPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU-15 Diadakan Selewat-Lewatnya Penghujung Julai 2022

Next Post

Muhyiddin ‘Caretaker’ Hingga PM Baharu Dilantik – Istana Negara

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post

Muhyiddin 'Caretaker' Hingga PM Baharu Dilantik - Istana Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd