• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin ‘Caretaker’ Hingga PM Baharu Dilantik – Istana Negara

oleh
16/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yasin menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Baginda juga berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah Menteri dengan serta-merta berkuat kuasa hari ini.

“Susulan peletakan jawatan ini, baginda berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin Md Yasin (Muhyiddin) menjalankan tugas sebagai ‘caretaker’ hingga Perdana Menteri baharu dilantik.

“Ini selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020 khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Selaku Ketua Utama Negara, baginda memahami dan menghormati sistem serta proses perundangan negara dan menghormati apa-apa keputusan yang dibuat Muhyiddin berteraskan keluhuran perlembagaan persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

“Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 11 Ogos lalu daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah Covid-19.

“Pada masa sama, baginda turut mengambil maklum fasiliti kesihatan negara juga dalam situasi membimbangkan, justeru pada hemat baginda pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Katanya, baginda juga menzahirkan harapan supaya kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan dan sudah mengganggu kelancaran tadbir urus negara dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam pandemik Covid-19.

“Baginda mengambil kesempatan menyeru seluruh rakyat supaya bertenang dan bersama baginda mendoakan negara di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Hari ini, baginda berkenan menerima sesi menghadap Muhyiddin yang berlangsung 30 minit bermula 12.30 tengah hari, manakala Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun; Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bermula 11 pagi di Istana Negara. – myMetro Online

Tags: Istana NegaraMuhyiddin YassinPerdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd