• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kain Rentang Desak Zahid Undur Di Bagan Datuk

oleh
11/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Beberapa kain rentang provokasi yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan dikesan digantung di Bagan Datuk.

Kain rentang yang dipasang di persimpangan jalan dan hentian bas di sekitar Bagan Datuk itu disedari oleh orang awam pada pagi Rabu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk, Mohd Rizan Razali berkata, kain rentang tersebut dikesan digantung seawal jam 7.30 pagi di beberapa tempat sepanjang jalan dari Pekan Bagan Datuk hingga ke Hutan Melintang.

Menurut beliau, Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk telah digerakkan ke seluruh kawasan untuk menurunkan kain rentang provokasi berkenaan.

“Kita tidak pasti ini kerja siapa. Tindakan ini amat keterlaluan dan biadab yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

“Kami Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk akan membuat laporan polis hari ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Rizan berkata, pihaknya yakin kain rentang tersebut akan digantung semula oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak mengetahui motif tindakan menggantung kain rentang tersebut kerana hanya dibuat di Bagan Datuk.

“Setakat ini hanya di Bagan Datuk dan saya telah tanya rakan-rakan Pemuda UMNO bahagian lain bahawa tiada kain rentang provokasi seumpama itu dipasang di kawasan mereka.

“Beberapa kain rentang kita telah turun tetapi selepas itu dinaikkan semula di kawasan lain. Kita tak pasti apa motif sebenar mereka,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiBagan DatukPresiden UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd