• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pilihan Selain Tuntut Muhyiddin Letak Jawatan – Anwar

oleh
29/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) ketika sidang khas Dewan Rakyat pada Khamis menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan.

Beliau berkata, ia susulan kenyataan Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat dukacita dengan keputusan kerajaan melaksanakan pembatalan Ordinan Darurat yang membelakangkan kuasa Istana Negara.

Dewan Rakyat senyap seketika apabila ahli-ahli Parlimen mendengar Anwar membacakan secara spesifik perenggan kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin tersebut.

Anwar berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bukan sahaja menimbulkan krisis Perlembagaan, malah telah menghina institusi diraja serta menipu Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

“Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai. Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti dengar.

“Kenyataan ini jelas menunjukkan kabinet yang diketuai Perdana Menteri telah melanggar semangat Perlembagaan, menghina institusi raja, mengelirukan Dewan dan tidak bercakap benar kepada Dewan.

“Kita tak ada pilihan selain menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Hujah Anwar membuatkan Dewan Rakyat bertukar kecoh dengan celahan daripada ahli-ahli Parlimen yang mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Turut menyokong hujah Anwar ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang menyifatkan Muhyiddin dan Takiyuddin perlu bersikap lebih berani dengan meletakkan jawatan.

“Jika dibiarkan perkara ini berlaku tanpa ada sikap ‘gentleman’ daripada Pagoh dan Kota Bharu untuk meletakkan jawatan, ia akan menjadi titik hitam dalam sejarah negara,” kata Maszlee.

Dewan Rakyat pada penghujung sesi pagi Khamis kecoh ketika membangkitkan kenyataan terbaharu Istana Negara itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian memutuskan persidangan ditangguhkan selama 15 minit sebagaimana didesak ahli-ahli Parlimen yang menuntut penjelasan kerajaan berhubung kenyataan Istana Negara berkenaan.

Bagaimanapun, 15 minit kemudian, Mohd Rashid masuk semula ke Dewan dan memaklumkan bahawa mesyuarat akan dimulakan semula pada jam 2.30 petang.

Tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menuntut keputusan sama ada isu pembatalan Ordinan Darurat akan dibahaskan atau tidak. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMuhyiddin Yassinordinan daruratPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

‘Merengek Kat luar’, Jadi Pencacai Lindungi Tun, Tan Sri Perasuah – PM Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang 'merengek di luar' apabila tindakan tegas diambil...

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

PKR Bukan Parti Biasa, Komitmen Berdasarkan Doa Nabi Syuaib – Anwar

14/04/2026
0

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PKR bukan sebuah parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd