• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberian Vaksin Covid-19 Melepasi 8 Juta Dos

oleh
01/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah vaksin diberikan di Malaysia sudah melepasi lapan juta dos, sekali gus menyaksikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus mencatat peningkatan konsisten sejak Mei lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 8,083,685 dos vaksin diberikan sejak PICK bermula 24 Februari lalu hingga semalam.

Beliau memaklumkan, lebih tujuh peratus populasi negara telah mendapat perlindungan lengkap dua suntikan vaksin, iaitu menghampiri nilai ambang 10 peratus untuk peralihan ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara.

“Seramai 5,774,667 individu sudah menerima dos pertama, mencakupi 17.7 peratus populasi negara.

“Jumlah penerima dos kedua dan lengkap imunisasi Covid-19 ialah 2,309,018 orang yang bersamaan 7.1 peratus populasi negara,” katanya dalam Twitter, hari ini.

Dr Adham turut memaklumkan, kapasiti vaksinasi harian juga kembali melepasi 250,000 dos, dengan merekodkan pemberian 258,773 dos di seluruh negara, semalam.

Rekod tertinggi pemberian vaksin harian dicatatkan pada 24 Jun lalu membabitkan 268,604 dos, yang dicapai hanya dalam tempoh 10 hari selepas pemberian vaksin harian melepasi 200,000 dos buat kali pertama.

Dalam pada itu, data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsikan Dr Adham, menunjukkan penduduk Kuala Lumpur kekal mencatat kadar penerima dos pertama yang tertinggi dengan 1.02 juta individu atau 57.6 peratus daripada populasinya.

Ia disusuli Sarawak (1.07 juta/38 peratus), Putrajaya (39,112/35.6 peratus), Labuan (34,303/34.4 peratus), Perlis (67,256/26.4 peratus), Pulau Pinang (296,279/16.7 peratus) dan Negeri Sembilan (183,529/16.3 peratus).

Penduduk Putrajaya pula mencatat kadar penerima dos kedua yang tertinggi membabitkan 27,515 individu atau 25 peratus daripada keseluruhan populasinya.

Ia disusuli Labuan (15,796/15.9 peratus), Perlis (39,980/15.7 peratus), Kuala Lumpur (198,665/11.2 peratus), Sarawak (250,011/8.9 peratus), Perak (209,174/8.3 peratus), Negeri Sembilan (94,132/8.3 peratus) dan Kedah (178,707/8.2 peratus). – BH Online

Tags: JKJAVKKMPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hotel Istana KL Henti Operasi Pada 1 September

Next Post

‘Bossku’ Tanya Sampai Bila Nak Macam Ni!

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

'Bossku' Tanya Sampai Bila Nak Macam Ni!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd