• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Individu Dakwa Terima Suntikan ‘Kosong’ Vaksin Covid-19

oleh
07/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang individu membuat laporan polis mendakwa menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’ ketika mendapatkan suntikan di Hospital Banting, Kuala Langat, dekat sini semalam.

Menurut laporan polis yang tular dalam laman media sosial, individu berkenaan mendakwa dia menerima suntikan itu pada pukul 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan.

Dakwanya, sebaik sahaja selesai, dia menonton kembali rakaman video berkenaan dan mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badan.

“Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu hanya suntikan kosong yang tidak mempunyai apa-apa vaksin,” dakwanya.

Bagi mendapatkan kepastian, individu berkenaan pergi semula kepada pihak terbabit dan bertanyakan lebih lanjut sambil menunjukkan rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mereka mendakwa telah memberikan suntikan vaksin membuatkan dia kemudian mendapatkan pandangan kedua daripada rakannya yang bekerja sebagai doktor.

“Saya kembali semula kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa suntkan yang diberikan adalah kosong. 

“Selepas itu mereka memarahi saya kerana merakam video tersebut lalu memberikan suntikan sekali lagi dan meminta saya memadamkan video berkenaan sebelum menerima vaksin,” ujarnya.

Video berdurasi 17 saat itu tular dalam media sosial menggunakan nama Simon Ng sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai aduan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Pfizer-BioNTechselangorvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd