Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cabul: Siasatan Hampir Selesai

KANGAR - Siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen dari negeri ini yang disyaki mencabul...

Kekalkan Pembiayaan Perumahan Penjawat...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan dasar dan kadar pembiayaan...

PAS Alu-Alukan Amanah Bertanding...

KOTA BHARU - PAS hari ini mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding...

DAP Tidak Bela Nasib...

MIRI - Kampung Api-Api adalah sebuah kawasan penemptan setinggan yang wujud di pinggir...

Darurat Tak Disambung, 6 Ordinan Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Takiyuddin berkata, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu.

“Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” katanya pada hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan beberapa ordinan sepanjang tempoh Proklamasi Darurat antaranya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu); Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021.

Selain itu, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021, turut dilaksana dalam usaha menbendung penularan COVID-19.


Mengulas lanjut, Takuyiddin menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan kepada sidang khas Dewan Rakyat kali ini, yang berlangsung pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos manakala persidangan Dewan Negara ditetapkan pada 3 hingga 5 Ogos.

“Dalam surat ini (kepada kerajaan), titah Yang di-Pertuan Agong memberi maklum sudah perkenan untuk kerajaan adakan sidang khas pada 26 Julai (hari ini),” katanya.

Sidang khas Parlimen sebelum ini pernah diadakan antaranya berkenaan isu Gaza pada 12 Januari 2009, isu MH17 pada 23 Julai 2014 dan Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 26 dan 27 Januari 2016. – BH Online

Kategori