• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen UMNO Masih Duduk Di Blok Kerajaan

oleh
26/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN UMNO telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan tempat duduk di parlimen.

Carta tempat duduk di laman web parlimen yang dikemas kini semalam menunjukkan Timbalan Perdana Menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Hishammuddin Hussein duduk bersama Muhyiddin dan menteri kabinet lain seperti Azmin Ali dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ismail kini dilihat mengambil alih tempat yang sebelum ini diduduki Azmin Ali.

Menerusi carta tempat duduk itu, ahli parlimen UMNO berada di sebelah ahli parlimen PAS, Bersatu dan parti-parti lain dari MCA, MIC serta dari Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) juga dilihat duduk di blok PN walaupun sebelum ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Semalam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu telah memutuskan bahawa semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dari UMNO perlu melepaskan jawatan mereka sekiranya Ordinan Darurat terus berkuatkuasa selepas 1 Ogos.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan desakan UMNO bahawa pengisytiharan dan Ordinan Darurat mesti dimansuhkan semasa sidang khas parlimen hari ini.

Memetik Perlembagaan Persekutuan, Zahid berkata menurut Perkara 150 (7), peraturan darurat akan terus berkuatkuasa selama enam bulan lagi setelah berakhirnya proklamasi darurat kecuali dimansuhkan oleh parlimen.

Mesyuarat khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan menyaksikan menteri kabinet memberikan taklimat kepada ahli-ahli parlimen mengenai tindakan menangani Covid-19.

Persidangan khas parlimen ini diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah agar parlimen bersidang segera, namun dijangka tidak akan berlaku perbahasan. – Malaysiakini

Tags: ahli parlimen umnoperikatan nasionalsidang khas parlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd