• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tabik Hormat Pak Cik Untuk Anak Sekalian” – Radzi Jidin

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Apa saja keputusan yang anak (calon SPM) dapat pada hari ini, ingatlah anak adalah generasi yang hebat.

“Belum pernah ada mana-mana kohort Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melalui dugaan, cabaran dan rintangan seperti mana calon SPM 2020. Tabik hormat pak cik untuk anak sekalian.”

Demikian kata-kata semangat yang diluahkan oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin sebelum berakhirnya Sidang Media Khas SPM 2020 secara maya yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial yang bermula jam 9 pagi, hari ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang memberikan bantuan serta kerjasama kepada Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang perjalanan SPM 2020.

Katanya, walaupun terpaksa menutup sekolah dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), semua pihak memainkan peranan serta melakukan yang terbaik.

“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru yang terbabit dalam proses melaksanakan SPM 2020. Ia bukan proses mudah buat petugas peperiksaan, guru bertugas hari peperiksaan dan terbabit pemarkahan serta mengajar calon SPM.

“Kepada ibu bapa, pihak KPM juga mengucapkan terima kasih. Kami sedar tempoh ini adalah amat mencabar dan kami tahu kami tidak sempurna, tetapi kami cuba untuk laksanakan yang terbaik,” katanya.

Justeru, beliau menyeru supaya ibu bapa terus memberikan kerjasama dan kepercayaan kepada KPM dalam memberikan yang terbaik untuk pelajar.

Beliau berkata, sekiranya semua pihak bersatu pastinya akan dapat mengharungi situasi sukar pandemik COVID-19 dan menang bersama. – BERNAMA

Tags: calon SPMRadzi JidinSijil Pelajaran Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

300 Calon SPM Di Rantau Panjang Dipindahkan Menggunakan 11 Trak, 12 Bot Tempur

300 Calon SPM Di Rantau Panjang Dipindahkan Menggunakan 11 Trak, 12 Bot Tempur

01/12/2024
0

KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) melaksanakan Operasi MURNI dengan memindahkan seramai 300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd