• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Tawar Diri PM: Hishammuddin Gesa Dalang Disiasat

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien akan membuat laporan polis pada Khamis susulan sebaran sepucuk surat yang mendakwa kononnya beliau menawarkan diri sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, laporan polis itu akan dibuat supaya siasatan segera dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang di sebalik tindakan yang disifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab itu.

“Seperti dinyatakan oleh Unit Komunikasi saya semalam, surat ini adalah palsu dan tidak benar.

”Satu laporan polis akan dibuat hari ini (Khamis) supaya siasatan segera dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang di sebalik tindakan yang amat tidak bertanggungjawab ini,” tegas Hishammuddin dalam kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Pada Rabu, tular surat palsu bahawa Hishammuddin yang juga merupakan ahli Parlimen Sembrong didakwa menawarkan diri beliau sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, pasukan penyokong Hishammuddin, #H2OTeam di Twitter memaklumkan bahawa surat tersebut bersifat fitnah dan bertujuan untuk mengelirukan pandangan umum.

“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan @Ds HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” ciap #H2OTeam di Twitter pada Rabu malam.

Antara intipati surat tersebut menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) mencalonkan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri selain senarai jemaah menteri daripada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), MCA, Parti Warisan Sabah (Warisan), Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut disertakan.

Surat berkenaan dipercayai tersebar di media sosial termasuk di aplikasi WhatsApp pada Rabu antara lain turut menamakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada 10 Jun lalu, Hishammuddin diheret dalam permainan politik kotor apabila difitnah akan menggantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Keesokan harinya, tular sepucuk surat memaklumkan Hishammuddin dilucutkan keahlian sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta namun ia dinafikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan. – Sinar Harian

Tags: Hishammuddin Tun HusseinPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd