• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukarelawan Kesihatan Rasa Dihargai

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Peningkatan bayaran sagu hati kepada sukarelawan kesihatan terbabit dalam proses vaksinasi dan pengurusan Covid-19 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai pengiktirafan kepada golongan itu, sekali gus mendorong semangat mereka di lapangan termasuk belia.

Penuntut Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kerja Sosial) Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Shazwan Abdul Ghani, 22, berkata bayaran itu khabar gembira dan sebagai galakan kepada golongan belia sepertinya untuk memikul tanggungjawab itu dengan lebih berdedikasi.

“Saya rasa gembira dan ia satu pengiktirafan kerajaan kepada golongan sukarelawan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan. Sagu hati yang dapat ini saya akan buat simpanan untuk masa depan terutama kegunaan ketika waktu pembelajaran.

“Inisiatif ini pastinya mampu menarik lebih ramai individu tampil menjadi sukarelawan kesihatan bagi menyumbang kepakaran dan tenaga mereka dalam membantu usaha menangani penularan Covid-19 sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Muafakat Bukit Gambir, dekat sini.

Penuntut yang bergiat aktif sebagai sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) sejak April tahun ini berkata penyertaannya dalam bidang kesukarelawan itu mendekatkan dirinya dengan pelbagai lapisan masyarakat selain dapat meringankan beban dipikul petugas kesihatan di PPV.

Seorang penjawat awam, Mohd Fahmi Ali, 33, menyifatkan pengumuman itu umpama ‘bonus’ yang tidak pernah dijangka dan bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan sukarelawan yang banyak menyumbang masa dan tenaga mereka.

“Kali pertama menyertai pasukan barisan hadapan, saya bangga melihat semangat mereka yang tetap tabah walaupun penat. Malah mereka sentiasa berusaha memberikan layanan yang terbaik kepada masyarakat. Itu yang menginspirasikan saya untuk terlibat sebagai sukarelawan kesihatan ini.

“Sebenarnya wang bukanlah menjadi ukuran namun saya tetap bersyukur atas pemberian ini dan sebagai sukarelawan saya akan cuba sedaya upaya membantu apa-apa yang patut bagi negara mencapai imuniti kelompok. Lagipun memang sejak kecil saya suka membantu orang di sekeliling,” kata Mohd Fahmi yang juga sukarelawan MyVac.

Kelmarin, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peningkatan bayaran sagu hati sukarelawan petugas kesihatan kepada RM100 sehari berbanding RM50 sebelum ini, sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan mereka.

Pembayaran yang bermula bulan ini akan membabitkan 19,000 sukarelawan yang bertugas lebih 12 jam dengan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM180 juta dan ia diberikan kepada semua sukarelawan kesihatan yang bertugas di lapangan. – BERNAMA

Tags: Covid-19sukarelawan kesihatanvaksinasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd