• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risen Energy Co Ltd Melabur RM42.2 Bilion Di Malaysia

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar modul solar kelima terbesar dunia, Risen Energy Co Ltd yang berpangkalan di China melabur RM42.2 bilion di Malaysia bagi tempoh lima tahun, bermula tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata syarikat berkenaan melalui Risen Solar Technology Sdn Bhd mendapat kelulusan Lesen Pengilang dan Galakan Insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi aktiviti reka bentuk, pembangunan dan pengilangan sel serta modul solar.

Beliau memaklumkan, pelaburan itu dijangka menyediakan 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini, selain syarikat berkenaan akan menjalinkan kerjasama dengan universiti dan institusi tempatan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk pengambilan pelajar secara ‘internship’.

“Pelaburan daripada syarikat Risen Energy Co Ltd ini adalah satu kejayaan besar buat negara, sekali gus menunjukkan keupayaan pengurusan ekonomi Malaysia ketika dunia sedang bergelut dengan cabaran pandemik COVID-19.

“Saya juga yakin kehadiran Risen Solar Technology Sdn Bhd akan menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran berintegrasi bagi produk solar,” kata beliau melalui Facebooknya, hari ini.

Perdana Menteri sebelum itu mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi dan Presiden Risen Energy Co Ltd, Xie Jian secara maya.

Mesyuarat pagi tadi itu turut disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman.

Perdana Menteri memaklumkan, ketika ini, terdapat beberapa syarikat pengeluar global solar yang sedang beroperasi di Malaysia seperti Jinko Solar, Longi Solar, JA Solar, Hanwha Q Cell, First Solar dan Sun Power.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kepada Xie Jian yang Malaysia mengamalkan prinsip mesra pelaburan dan sentiasa mengalu-alukan kemasukan pelaburan baharu serta berkualiti ke negara ini.

“Pelbagai galakan dan insentif disediakan kepada pelabur dan bakal pelabur, dan saya menegaskan akan memastikan pelaksanaan projek yang dirancang syarikat itu berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, trend kemasukan berterusan pelaburan asing berimpak tinggi seumpama itu akan menyuntik lebih keyakinan dalam kalangan komuniti pelabur luar terhadap prospek pemulihan ekonomi Malaysia, selari dengan aspirasi Pelan Pemulihan Negara.

“Ini pastinya akan membawa manfaat besar kepada masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan,” katanya. – BH Online

Tags: ChinapelaburanRisen Energy Co Ltdsolar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd