• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Pandora: INTERPOL Bantu Malaysia Siasat ‘Darknet’

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Antarabangsa (INTERPOL) akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi ‘Darknet’ (web gelap).

Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi INTERPOL, Adrien Sivignon, berkata negara lain yang akan turut dibantu melalui Projek Pandora itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. 

“Kami akan melaksanakan Projek Pandora di Asia Tenggara pada suku pertama tahun depan. Kami harapkan sokongan lanjut daripada negara terbabit bagi menyiasat web gelap untuk mengekang aktiviti haram,” katanya pada forum mengenai penggunaan secara jenayah teknologi baharu web gelap. 

Beliau adalah seorang daripada ahli panel pada Forum Keselamatan Siber ASEAN bersempena Persidangan dan Pameran Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2021 yang berlangsung secara maya hari ini.

Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol memperkenalkan Projek Pandora bagi meningkatkan kemampuan polis dan penganalisis perisikan dalam menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi menerusi web gelap.

Ini berikutan peningkatan penggunaan laman web sedemikian untuk memperoleh, memindah atau menyeludup bahan atau senjata biologi yang kini menjadi kebimbangan utama komuniti penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.

Sivignon berkata, mereka mengakui ancaman penggunaan bahan biologi oleh ‘non-state actor’ (pelaku bukan negara), penggunaan laman web sebagai platform untuk perdagangan haram bahan biologi serta peralatan dwiguna, selain menangani cabaran teknikal dalam menyiasat laman web tersebut.

CDYES 2021 yang bertemakan ‘Embedding Resilience Within Our Cyberspace’ dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber Negara selama tiga hari berakhir hingga esok. – BERNAMA

Tags: Asia tenggaraDarknetInterpolpengganas biologiProjek Pandora
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

Tanam Bayi Di Parkir Berlantai Simen: Polis Akan Minta Bantuan INTERPOL

09/09/2024
0

IPOH : Polis Perak akan menggunakan saluran diplomatik termasuk Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menjejaki dan menahan suspek warga Indonesia berhubung...

JDT Terus Kuasai Asia Tenggara

JDT Terus Kuasai Asia Tenggara

13/05/2024
1

KELAB bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd