• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas TikTok, Ketujuh Terkaya Di China

oleh
21/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pengasas TikTok, Zhang Yiming kini menjadi lelaki ketujuh terkaya di China dengan nilai kekayaan 25 bilion Pound Sterling (kira-kira RM142.95 bilion), hasil kejayaannya membangunkan media sosial itu.

Aplikasi yang sangat popular di bawah syarikat, ByteDance itu diasaskan Yiming yang juga lulusan kejuruteraan perisian pada 2012.

ByteDance, mempromosikan TikTok sebagai platform perkongsian video, membolehkan penggunanya memuat naik video.

Platform media sosial itu tular dan semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna sejak setahun lalu ketika banyak negara menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) akibat penularan Covid-19. 

Kesannya, ia memacu keuntungan bagi Yiming dan syarikatnya.

Pendapatan syarikat meningkat dua kali ganda kepada 24.5 bilion Pound Sterling (kira-kira RM140.09 bilion) pada tahun lalu.

Ia menyaksikan keuntungan kasar tahunannya meningkat 93 peratus kepada AS$19 bilion (RM78.66 bilion)

Yiming yang juga lulusan Universiti Nankai memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian pada 2015, kemudian bekerja untuk syarikat gergasi teknologi lain seperti Microsoft.

Belum pun tamat pengajian, Yiming menubuhkan firma teknikalnya sendiri pada 2012.

Beliau mengembangkan aplikasi dan perkhidmatan berita termasuk TikTok yang sekarang sangat popular di bawah nama ByteDance.

Pada 2019, majalah Time menobatkannya sebagai ‘usahawan terulung di dunia.’

Bagaimanapun, kejayaan aplikasi itu tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) yang membangkitkan isu mengenai soal keselamatan.

Donald Trump menuduh TikTok sebagai ancaman kepada keselamatan negaranya dalam pergolakan antara bekas presiden AS itu dan syarikat teknologi China berkenaan.

Trump mendakwa ByteDance membenarkan kerajaan China mengakses data pengguna AS atas permintaan, namun tuduhan itu disangkal TikTok.

Mei lalu, ByteDance mengumumkan bahawa Yiming akan mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai peneraju syarikat teknologi dan beralih ke peranan lain pada akhir tahun ini. – Agensi

Tags: ChinaterkayaTikTokZhang Yiming
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

Tiga Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berkuasa

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiga laporan yang diterbitkan Mynewshub dikenakan sekatan oleh pengendali aplikasi TikTok selepas platform itu menerima permohonan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd