• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Johor Gesa Tindakan Tegas Persenda Institusi Diraja

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – PAS Johor menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang dilihat seolah-olah mempersenda dan mempermainkan institusi diraja negara ini.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Johor, Abdullah Husin berkata, pihak berkuasa perlu juga mengambil tindakan terhadap mereka yang seakan-akan cuba menghasut rakyat menghapuskan sistem Beraja.

Menurut beliau, Raja dan Sultan adalah lambang serta tonggak negara dan kepentingan institusi raja yang disebut dengan jelas dalam perlembagaan Negara Malaysia tidak patut dipertikai oleh sesiapa.

“Akhir-akhir ini dilihat beberapa individu dari parti dan golongan tertentu telah dengan sengaja mempertikai wibawa Yang Di-Pertuan Agong seorang yang sangat dihormati di negara kita.

“Lebih teruk mereka mengheret Sultan ke dalam kancah politik. Dalam negara kita “Agong dan Raja-raja Melayu berada di atas politik (above politics) di mana tidak wajar ada pihak cuba memperlekehkan badan tersebut.

“Lebih bahaya apabila ada antara mereka yang terang-terang ingin menghapuskan sistem Beraja. Mereka beranggapan Sultan atau Raja yang ada hanya menyusahkan rakyat dan negara.

“Mereka juga menghasut rakyat diwujudkan “negara republik” yang menjadikan Malaysia negara tanpa Raja. Jika itu berlaku maka salah satu keistimewaan orang melayu akan hilang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media bertajuk Agenda DAP-PH: Malaysian Malaysia Vs Ketuanan Melayu semalam.

Abdullah berkata, PAS Johor memandang serius isu itu kerana ia akan membentuk sekelompok masyarakat yang tidak bertanggungjawab bersifat derhaka dan boleh menjadi punca kepada perbalahan dalam negara.

Tambah beliau, sikap itu jelas tidak mencerminkan kemelayuan apatah lagi sifat-sifat seorang muslim sejati serta kurang ajar kerana mempersenda institusi diraja yang sangat dihormati.

“Mereka sentiasa cuba menjadikan Malaysia yang aman dan sejahtera bergolak dan kacau bilau. Jika mereka tidak diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman setimpal, pasti akan lahir manusia yang tidak bersyukur dan bersifat biadap lagi derhaka,” katanya.

Justeru, katanya, PAS Johor mengingatkan semua pihak bahawa Raja dan Sultan adalah payung negara dan penyelamat bangsa yang menjadi pemangkin dan tulang belakang kepada muafakat rakyat.

“Tanpa mereka, maka hilanglah seri negara kita. Bersamalah kita mempertahankan Institusi DiRaja Malaysia dari anasir-anasir penderhaka. Jangan beri mereka ruang dan peluang kerana negara kita negara berdaulat,” tegasnya. – Mynewshub.TV

Tags: Institusi DirajaPAS Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kadar Suntikan Vaksin Covid-19 154,866 Dos Semalam

Next Post

JAS Sahkan Kualiti Air Tasik Chini Bersih

Related Posts

Isu Hina Institusi Raja, PDRM Sudah Lengkapkan Siasatan Dr Mahathir

Isu Hina Institusi Raja, PDRM Sudah Lengkapkan Siasatan Dr Mahathir

03/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bersabit kes...

Hina Institusi Diraja Dan Proklamasi Melayu: Polis Rakam Keterangan Tun M

Hina Institusi Diraja Dan Proklamasi Melayu: Polis Rakam Keterangan Tun M

02/06/2023
0

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan didakwa menghina...

Next Post

JAS Sahkan Kualiti Air Tasik Chini Bersih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd