• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Sebar Berita Palsu COVID-19 Didakwa Ordinan Darurat

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang guru tuisyen muncul antara dua individu pertama di negara ini, didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berkaitan COVID-19 mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, hari ini.

Mohd Nazaruddin Yusoff, 50, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Menurut sumber polis, seorang lagi individu turut didakwa di mahkamah mengikut seksyen sama di Perlis, hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nazaruddin didakwa menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai dengan mengadakan penerbitan mengandungi berita tidak benar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen berkaitan vaksinasi COVID-19, ke akaun Facebook menggunakan profil ‘Mohd Nazaruddin Yusoff’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, kira-kira jam 11.50 pagi 21 April lalu. 

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, serta denda selanjutnya maksimum RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 7 Julai depan bagi pengurusan kes dan penyerahan dokumen. – BH Online

Tags: berita palsuCovid-19guru tuisyenordinan darurat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd