• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Perhalusi Cadangan TMJ

oleh
18/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil maklum cadangan dan kesudian bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri untuk membantu badan induk itu meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya baru-baru ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Hamidin Mohd Amin berkata, perkara itu terlebih dahulu perlu diperhalusi sebelum sebarang ketetapan dibuat.

“Saya menjunjung kasih kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan mengambil maklum tentang cadangan yang telah dikemukakan baginda selaku mantan Presiden FAM berhubung skuad kebangsaan, Harimau Malaya tempoh hari.

“Bagaimanapun, perkara tersebut perlu diperhalusi sebaiknya kerana FAM sebagai badan induk bola sepak negara mempunyai tatacara, prosedur, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sesuatu keputusan atau ketetapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Isnin, Tunku Ismail melalui ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya menyatakan bersedia untuk membantu meningkatkan prestasi Harimau Malaya termasuk memberi kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

Dalam pada itu, Hamidin turut menegaskan badan induk bola sepak negara itu akan melakukan perbincangan mengenai keberkesanan program pemain naturaliasi selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir pada Rabu lalu.

Perdebatan mengenai program tersebut mula tercetus selepas impak dua pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi tidak mencapai tahap yang diharapkan ketika mewakili negara dalam saingan kelayakan tersebut.

Ia sekali gus mengundang kritikan dengan kelab penyokong bola sepak negara, Ultras Malaya mahu program tersebut dihentikan dan memberikan ruang kepada pemain tempatan membarisi pasukan kebangsaan.

“Berkaitan isu pemain naturalisasi, saya telah mengarahkan sekretariat FAM untuk perkara ini dibincangkan oleh Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM secara bersama dengan Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM serta Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee bagi mengkaji tentang keberkesanan program pemain naturalisasi ini.

“Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM juga akan menunggu laporan penuh post mortem daripada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan barisan kejurulatihannya selepas berakhir tempoh kuarantin pasukan, mengenai persembahan skuad Harimau Malaya sepanjang Pusingan satu dan Pusingan dua, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Kita juga akan melihat persediaan awal pasukan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada Februari 2022 untuk dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang.

“Kesemua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan ini kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk dimuktamadkan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: FAMHarimau MalayaTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd