• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Menyeluruh Diumum Esok Atau Lusa – PM

oleh
27/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih komprehensif di bawah Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok atau pada Selasa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau akan mengumumkan perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19, menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

“Kita faham bila di fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu (dibantu) termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada (yang layak),” kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

“Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat,” katanya sambil membayangkan kemungkinan akan terdapat peningkatan dalam bantuan yang akan diberikan itu. – BERNAMA

Tags: B40M40Pelan Pemulihan NegaraPKP 3.0PKST20
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKP 3.0 Dilanjutkan, Bantuan Menyusul – PM

Next Post

Euro 2020: Rekod Itali 90 Tahun Lebur

Related Posts

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Euro 2020: Rekod Itali 90 Tahun Lebur

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd