• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Apa Guna Darurat Jika Tak Dapat Bantu Rakyat”

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda UMNO berpandangan adalah lebih baik kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat sebelum tempoh darurat di negara ini berakhir.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam tempoh tersebut kerajaan perlu mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa caj atau faedah tambahan kepada semua golongan termasuk M40.

“Dalam tempoh darurat berbaki sebulan setengah, lebih baik kerajaan manfaatkan Ordinan Darurat untuk kepentingan rakyat. Mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rakyat mengakses kepada i-Sinar dan i-Lestari 2.0.

“(Selain itu) mengawal harga barang keperluan asas rakyat yang naik mendadak ketika pandemik (Covid-19),” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau pada Isnin.

Menurut Asyraf Wajdi, tidak guna melaksanakan darurat sekiranya dalam tempoh tersebut kerajaan tidak dapat untuk membantu rakyat.

“Apakah wajar darurat diteruskan selepas 1 Ogos ini? Apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Asyraf Wajdi berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah buat kali pertama pada 23 Oktober 2020 agar dilaksanakan darurat.

Bagaimanapun, katanya, Seri Paduka Baginda menolak selepas mengadakan Perjumpaan Khas bersama Raja-raja Melayu pada 25 Oktober 2020.

“Berikutan itu pada 12 Januari 2021, kerajaan Tan Sri Muhyiddin sekali lagi mencadangkan darurat dilaksanakan atas alasan Covid-19 dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong perkenan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Asyraf Wajdi berkata, satu Perjumpaan Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan pada 16 Jun ini, antara lain bagi membincangkan isu Covid-19 ini. – Sinar Harian

Tags: i-lestarii-Sinarmoratoriumordinan daruratPemuda UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan usaha penyatuan ummah akan tetap diteruskan walaupun terpaksa...

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

13/08/2026
0

MELAKA - Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd