• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen, ADUN Dilarang Anjur, Hadir Majlis

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tetapi tidak dibenarkan mengadakan atau menghadiri sebarang majlis sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh yang bermula hari ini.

Perkara itu ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuat kuasa hari ini.

Menerusi hantaran twitter MKN yang dikemaskini semalam, kebenaran itu dimaklumkan dalam SOP am sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa mulai hari ini.

“Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing tanpa melaksanakan sebarang majlis,” katanya menerusi ciapan twitter.

Ini bermakna bahawa ahli parlimen dan ADUN tidak dibenarkan mengadakan dan menghadiri sebarang acara atau majlis di kawasan masing-masing.

Ketika tempoh sekatan pergerakan penuh ini, tiada rentas sempadan negeri dan daerah dibenarkan berdasarkan sempadan daerah yang ditetapkan kerajaan negeri.

Hanya dua wakil keluarga dibenarkan keluar mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya.

Ia adalah mengikut peraturan 16 PU (A) 243/2021, Akta 342 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Semua ketetapan yang dikeluarkan adalah tertakluk MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM), arahan dan peraturan di bawah pihak berkuasa tempatan dan juga tertakluk laporan Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) dan penilaian risiko KKM.

SOP yang dikeluarkan pada 5 Mei lalu, membenarkan ahli parlimen dan ADUN merentas daerah dan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tujuan urusan rasmi atau melawat kawasan masing-masing manakala SOP pada 25 Mei tiada maklumat sama dimasukkan dalam kemas kini bertarikh sama. – BH Online

Tags: adunAhli ParlimenMajlis Keselamatan Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd