• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Takziah Kepada Keluarga Lim Kok Wing

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tan Sri Lim Kok Wing atas pemergian pengasas dan presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing itu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara malam tadi, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarganya bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan dunia pendidikan inovatif negara,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, Kok Wing meninggal dunia pada usia 75 tahun dan berita mengenai kematian itu dimaklumkan Limkokwing University melalui satu kenyataan.

Sebelum ini, tokoh itu dilaporkan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas terjatuh di kediamannya. – BERNAMA

Tags: lim kok wingmeninggal duniaYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd