• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Kes Varian Baharu Dalam 6 Hari Survelan

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan 23 kes varian baharu COVID-19 yang berlaku di lima negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan survelan genomik untuk virus COVID-19 dijalankan secara berterusan.

Sehubungan itu, katanya, survelan bagi tempoh 3 hingga 8 Jun lalu mengesan 19 kes varian Beta, B.1.351 dari Afrika Selatan dan empat kes varian Delta, B.1.617.2 dari India.

“Kes varian Beta, B.1.351) yang dilaporkan merangkumi lapan kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya (tiga), masing-masing dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Perak serta Perlis.

“Selain itu, empat kes baharu bagi varian Delta, B.1.617.2 dikesan, masing-masing dua kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1 Jun lalu tampil memberikan varian COVID-19 dengan nama baharu bagi mengelak berlaku stigma dan memudahkan perbincangan dalam khalayak umum.

Susulan itu, varian United Kingdom (UK) kini dikenali sebagai varian Alpha, Afrika Selatan (Beta), Brazil (Gamma) dan India (Delta).

Sehingga semalam, Dr Noor Hisham berkata jumlah kumulatif kes dijangkiti COVID-19 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian mendapat perhatian (VOI) ialah sebanyak 161 kes.

“Daripada jumlah itu, 145 kes ialah VOC, manakala VOI sebanyak 16 kes. VOC yang dilaporkan merangkumi 123 kes varian Beta dan semuanya kes jangkitan tempatan.

“Tiga belas varian Delta pula meliputi lapan kes jangkitan import dan tiga kes jangkitan tempatan, manakala sembilan kes varian Alpha direkodkan yang terdiri daripada lima kes jangkitan import serta empat kes jangkitan tempatan.

“VOI pula meliputi 12 kes varian Theta (P.3 atau dari Filipina) dan semuanya membabitkan penularan tempatan, manakala tiga kes varian Eta (B.1.525 atau dari United Kingdom) ialah kes jangkitan import.

“Hanya satu kes, iaitu jangkitan import ialah varian Kappa (B.1.617.1 atau dari India),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit, termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus COVID-19 dan memperbanyakkan ujian saringan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya akan melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian berkenaan dalam komuniti.

“Masyarakat dinasihatkan segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok. 

“Ini juga antara langkah bagi mengekang kesan buruk penularan varian dalam kalangan komuniti,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMvarian baharu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun Mahathir Tiba Di Istana Negara

Next Post

Kes Baharu COVID-19 Kembali Turun Bawah 6,000

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Kes Baharu COVID-19 Kembali Turun Bawah 6,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd