Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Mana Baik? Nak Minum...

AIR adalah unsur yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana 70 peratus tubuh...

Pelajar Mesir Berani Ajak...

Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir telah bersua muka dengan...

Suami Isteri Dicekup Polis,...

YAN - Sepasang suami isteri yang menyamar sebagai pemungut derma dicekup polis selepas...

Sesi Bertumbuk Ahli Parlimen...

ISTANBUL – Parlimen Turki menjadi huru-hara sekali lagi kelmarin selepas ahli Dewan bertumbuk...

Kes Baharu COVID-19 Kembali Turun Bawah 6,000

PUTRAJAYA – Angka harian jangkitan COVID-19 kembali turun kepada bawah 6,000, dengan 5,671 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu membawa kepada jumlah kumulatif 639,562 kes wabak berkenaan di negara ini.

Beliau berkata, Selangor terus mendahului dengan melaporkan 1,510 kes baharu.

“Negeri lain yang turut mencatatkan pertambahan kes ialah Kuala Lumpur membabitkan 769 jangkitan baharu, diikuti Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524) dan Kedah (309).

“Negeri yang melaporkan bilangan kes baharu terendah ialah Perlis dengan tiga jangkitan,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Semalam, sebanyak 6,239 jangkitan baharu dilaporkan dengan semua negeri mencatat pertambahan kes. – BH Online

Kategori