• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Lari Dari PKPD Untuk Beraya, Sebar Covid-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seorang wanita warga emas dari Mukim Bunut Susu yang melarikan diri dari kampung itu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dipercayai untuk menyambut Aidilfitri, sehingga wabak Covid-19 merebak kepada tujuh individu lain.

Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata, warga emas itu disahkan positif Covid-19 pada hari raya kedua.

“Sebaik mendapati warga emas itu tiada dalam kampung itu sedangkan namanya terdapat dalam senarai, kami mendapat maklumat wanita itu lari ke rumah saudaranya di Tumpat.

“Kami kemudiannya mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tumpat untuk mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab.

“Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif Covid-19,” katanya pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan PKPD mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas itu, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.

Beliau berkata, pihaknya mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendapat tahu kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD selain mahu menyambut Aidilfitiri.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih mengesan kontak rapat warga emas itu untuk menjalani ujian saringan Covid-19. – myMetro Online

Tags: Covid-19KelantanPKPDwarga emas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

Rohingya Berlambak Di Kelantan, Terengganu – KP J-KOM

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa terdapat lambakan pelarian Rohingya di Kelantan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd