• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran Tentera Mahu Tanding PRU15

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menggunakan platform parti politik sendiri dengan menyasarkan sebanyak kira-kira 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Persatuan Veteran ATM, Datuk Sharuddin Omar berkata pihaknya kini dalam usaha menubuhkan sebuah parti politik dinamakan Parti Kemakmuran Negara untuk tujuan itu.

“Kami telah menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kira-kira dua bulan lalu dan diharap permohonan kami diluluskan sebelum PRU15,” katanya dalam sidang media, hari ini. 

Menurut Sharuddin, pihaknya mengambil pendirian untuk bertanding pada PRU15 kerana kelewatan kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan veteran terutamanya membabitkan gaji dan pencen serta isu lain yang membabitkan rakyat.

“Kami sudah mengenal pasti 50 calon veteran bagi bertanding pada PRU15 depan, calon ini terdiri daripada ketiga-tiga cabang ATM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak mendedahkan kawasan yang bakal ditandingi.

Mengulas jika permohonan untuk menubuhkan parti politik tidak diluluskan ROS, Sharuddin berkata, mereka akan bertanding sebagai calon Bebas.

Mengulas lanjut, Sharuddin berkata pihaknya mengalu-alukan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang sehaluan dalam perjuangan untuk menjalinkan kerjasama.

Beliau menambah pembabitan mereka dalam arena politik adalah bersifat peribadi dan sukarela serta tidak membabitkan persatuan dan kelab veteran yang ada bagi mematuhi Akta Veteran 2012. – BERNAMA

Tags: parti politikPRU15veteran tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

Politik Melayu Berpecah Belah, Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang – Ridhuan Tee

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti politik Melayu berpecah belah memberi kelebihan kepada pihak lain untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Penganalisis...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd