• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Staf Makmal Wuhan Dirawat Sebelum COVID-19 Didedah

oleh
24/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Tiga penyelidik Wuhan Institute of Virology (WIV) China mendapatkan rawatan di hospital pada November 2019, beberapa bulan sebelum China mendedahkan wabak COVID-19.

The Wall Street Journal memetik laporan perisikan AS yang sebelum ini tidak pernah didedahkan.

Menurut akhbar itu, laporan yang memperincikan mengenai jumlah penyelidik terjejas, waktu mereka sakit dan rawatan di hospital, memerlukan siasatan lanjut sama ada virus itu terlepas dari makmal.

Laporan itu didedahkan menjelang pertemuan badan pembuat keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang dijangka membincangkan fasa siasatan lanjut mengenai asal usul COVID-19.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara tidak memberikan komen mengenai laporan itu tetapi berkata bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden sentiasa mengemukakan persoalan serius mengenai tempoh terawal wabak termasuk asal usulnya di China.

Menurut sumber, Washington mahu memastikan kerjasama dan ketelusan yang lebih daripada negara terbabit.

Minggu lalu Kementerian Luar China mengambil maklum bahawa pasukan yang dipimpin WHO merumuskan bahawa kebocoran makmal bukan satu kemungkinan punca wabak, selepas lawatan pada Februari lalu ke institut berkenaan.

“AS terus menggembar-gemburkan teori kebocoran makmal… apakah ia benar-benar mahu mencari sumber atau cuba untuk mengalihkan perhatian?” kata kementerian itu.

Pentadbiran bekas Presiden Donald Trump berkata, ia mengesyaki virus mungkin terlepas daripada makmal China, yang dinafikan oleh Beijing.

Lembaran fakta Jabatan Negara yang dikeluarkan pada akhir pentadbiran Trump menyatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa beberapa penyelidik jatuh sakit pada musim luruh 2019, sebelum kes pertama dikenal pasti, dengan gejala seperti COVID-19.

Ia tidak menyebut berapa orang penyelidik yang terbabit. China enggan memberikan data mengenai kes awal kepada pasukan pimpinan WHO yang menyiasat asal usul wabak itu, yang berpotensi menyulitkan usaha untuk memahami bagaimana wabak itu bermula. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19wuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd