• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Di Selangor Ditutup Mulai Esok

oleh
05/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Selangor ditutup bermula esok sehingga cuti Aidilfitri bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Dalam satu pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pengarahnya, Izmi Ismail memaklumkan, penutupan sekolah dibuat selepas mengambil kira sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dua hari iaitu 6 dan 7 Mei.

“Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti Aidilfitri seperti mana diumumkan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) pada 26 April lalu.

“Pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Aidilfitri 2021 seperti dijadualkan pihak sekolah.

“Bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga, sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang ditetapkan,” kata pekeliling yang tular khusus untuk semua Pegawai Pendidikan Daerah di negeri itu, hari ini.

Izmi berkata, Pejabat Pendidikan Daerah perlu memastikan guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Bermula esok, enam daripada sembilan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 17 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam dan ia membabitkan enam daerah iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang yang mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – myMetro Online

Tags: Covid-19Sekolahselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd