• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segera Laksana Moratorium Automatik Hingga Hujung Tahun

oleh
19/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan didesak segera melaksanakan moratorium automatik hingga hujung tahun ini bagi membantu ekonomi rakyat yang terjejas teruk, termasuk mereka yang terpaksa menganggur.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kerajaan boleh melaksanakannya dengan menetapkan golongan mana yang layak ditawarkan moratorium automatik dan mengecualikan jutawan syarikat besar.

Jelasnya, apa yang membimbangkan ialah rakyat yang terjejas teruk akan berhadapan kerenah birokrasi apabila berurusan sendiri dengan pihak bank.

“Masih ramai yang belum dapat pekerjaan baharu setelah menganggur kerana Covid-19. Mereka yang berniaga juga masih belum dapat berniaga sepenuhnya.

“Ada yang baharu menghidupkan semula perniagaan tetapi mengalami kerugian kerana pelaksanaan PKP 3.0 di saat terakhir.

“Justeru, amat wajar moratorium automatik diberi hingga ke hujung tahun apatah lagi bank-bank masih untung besar di waktu PKP ini,” katanya dalam satu kenyataan di facebook rasminya.

Beliau berkata demikian bagi memgulas kenyataan Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang tidak bersetuju moratorium automatik dilaksanakan.

Tegasnya, hujah Nor Shamsiah bahawa sektor ekonomi masih beroperasi walaupun PKP 3.0 dilaksana di seluruh negara tidak kukuh.

“Malangnya, sejak Parlimen digantung, rakyat yang terjejas ketiadaan saluran supaya nasib mereka terbela.

“Mereka kini hanya ada media sosial. Kalau bakar suar dan naikkan kain rentang ‘kerajaan gagal’ mereka mungkin ditangkap,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: moratoriumPuad Zarkashi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

Anak Tak Dicalonkan…Bapak Meroyan Keluar UMNO….Tutup Buku La Dengan Puad Ni

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PAGI ini, muncul satu berita membosankan yakini bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd