• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKP Di Kuala Lumpur Bermula Jumaat Ini

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang turut merekodkan peningkatan jumlah kes positif harian Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu akan dilaksanakan lewat sehari berbanding enam daerah di Selangor iaitu bermula Jumaat ini sehingga 20 Mei.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu direkodkan di Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang meningkat sejak 1 April sehingga 27 April lalu.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP Kuala Lumpur sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, trak makanan, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.

“Makan di kedai adalah tidak dibenarkan, hanya untuk dibungkus untuk dibawa pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ismai Sabri berkata, kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian dan farmasi serta stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Menurutnya, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa, manakala operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan dari 6 pagi hingga 2 petang.

Menurutnya, bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat, namun tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa tempatan. – myMetro Online

Tags: Covid-19kuala lumpurperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd