• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Sokong Israel Di TikTok Positif Dadah

oleh
19/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang penjawat awam yang tular dalam rakaman TikTok kerana menyokong Israel didapati positif dadah morfin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu telah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk direkodkan keterangan selepas menerima laporan berhubung rakaman video yang dimuatnaik suspek di aplikasi terbabit yang menyatakan sokongan terhadap Israel sekali gus menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia positif dadah.

“Suspek ditahan untuk siasatan berasingan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman selama dua hari bermula Rabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek yang dipercayai digunakan ketika memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok.

“Siasatan awal yang dijalankan suspek disyaki memuatnaik video itu ketika berada di bawah pengaruh dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988,”
katanya.

Baru-baru ini tular rakaman Tiktok berdurasi 59 saat oleh individu itu menggunakan nama @Pahlawan90 yang menyatakan sokongan kepada Israel sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. – Sinar Harian

Tags: dadahIsraelPenjawat Awam MelakaTikTok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Segera Laksana Moratorium Automatik Hingga Hujung Tahun

Next Post

6,075 Kes Baharu COVID-19, Angka Harian Tertinggi

Related Posts

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

MCMC Siasat Video Pijak Gambar Jalur Gemilang Di TikTok – Fahmi

29/05/2025
0

Tokyo: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar...

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Next Post

6,075 Kes Baharu COVID-19, Angka Harian Tertinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd