• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah Ini Bukan Mudah Tapi Jalan Terbaik Buat Semua

oleh
28/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengambil maklum dengan peningkatan mendadak kes pada hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama. 

“Saya dah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua #PakLongMailMendengar,” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, pelbagai pihak menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diadakan ketika awal penularan Covid-19 tahun lalu.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM), Azman Kang Abdullah berkata, keputusan itu perlu dibuat segera memandangkan jumlah kes terkini 8,290 menunjukkan ia semakin kritikal setiap hari.

Katanya, dengan adanya PKP penuh untuk tempoh dua minggu, ia akan memberikan ruang untuk pihak berwajib menumpukan kepada usaha membanteras penularan, khususnya disebabkan kluster tempat kerja.

“Kita pernah lakukannya sekali. Ini masanya untuk kita cuba yang terbaik,” katanya.

Pengarah Pentadbiran MediCOM, Dr Mohd Shafiq Wahab berkata, dari segi kesihatan awam, PKP penuh akan membantu melandaikan keluk jangkitan yang ketika ini datang daripada pelbagai kluster.

Menurutnya, ia salah satu daripada kaedah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Bagi Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Muhammad Amir Asyraf Mohs Sabri, larangan rentas daerah dan negeri antara yang dicadangkan dikekalkan jika PKP penuh dilaksanakan.

Katanya, tempoh antara 14 hingga 21 hari adalah cukup untuk melaksanakan PKP penuh berkenaan.

Ia perlu mengambil kira segala bantuan yang diperlukan seperti moratorium, bantuan kewangan dan bantuan-bantuan yang bersesuaian.

“Mempercepat pelaksanaan pemberian vaksin Covid-19 kepada semua rakyat bagi mencapai imuniti kelompok.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan kilang-kilang yang menghadapi kes Covid-19 yang tinggi ditutup,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd