• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Panggil Dr Rafidah Perjelas Isu Mempersoal Media

oleh
25/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memanggil Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah Abdullah bagi mendapatkan penjelasan selepas mempersoalkan tanggungjawab pihak media di dalam usaha pemberian vaksin Covid-19.

KKM dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Dr Rafidah bukan kenyataan rasmi kementerian itu.

“KKM akan memanggil Dr Rafidah untuk mendapatkan penjelasan lanjut bagi memastikan perkara sebegìni tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu pada Selasa.

KKM berkata, pihaknya menghargai peranan media yang banyak membantu kementerian dalam menangani wabak pandemik Covid-19.

“Sebarang kesulitan yang timbul adalah amat dikesali,” katanya.

Dr Rafidah menerusi ciapan di Twitternya mempersoalkan di mana media tatkala kerajaan sedang mempergiatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Tak payah lah cerita-cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini.

“Gantikanlah program-program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul. Lebih kan,” ciapnya.

Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan peranan pemimpin setempat yang sepatutnya perlu turut sama bertanggungjawab memastikan masyarakat mendapatkan vaksin.

“Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej WhatsApp berkeliaran. Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri? Ajak lah mereka bersama-sama vaksin. Turunlah padang. Ini kerja anda. Buatlah. Takkanlah ini kerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga,” ujarnya.

Selain itu dalam ciapan sama, beliau turut menggesa kerajaan mengubah strategi pemberian vaksin termasuk membenarkan pihak swasta membawa masuk bekalan vaksin dengan kadar segera bagi mempercepatkan proses penerimaan vaksin yang kini disifatkan amat perlahan.

Beliau berkata, Malaysia sudah tidak boleh membazirkan masa begitu sahaja dalam keadaan ramai pesakit yang kecundang tanpa henti ketika ini.

“Cepatkanlah program vaksinasi ni. Lembab sangat. ‘Bring in anything, everything’. Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit. Bagi sahaja lah syarikat swasta bawa masuk vaksin. Tak kira lah siapa.

“Beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu. Opt-in, daftar pun ada baiknya.

“Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, ketepikan,” katanya.

Dr Rafidah turut menegaskan betapa pentingnya untuk pesakit kronik mendapatkan vaksin segera.

“Pesakit kronik diberi keutamaan, tapi sampai hari ini soalan sama ditanya oleh anak-anak mereka di media sosial. Kenapalah macam itu.

“Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat perlu. Di dalam interpretasi saya: Wajib. Tidak perlulah tanya lagi. Cepat-cepat daftar.

“Mereka ini kalau dijangkiti Covid-19, risiko maut tinggi. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak / ahli keluarga,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Dr Rafidah abdullahKKMmediavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terjatuh Dalam Liang Lahad Sebab PPE Berat, Berlapis

Next Post

Jangan Buat Spekulasi Insiden LRT Bertembung – Polis

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Jangan Buat Spekulasi Insiden LRT Bertembung - Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd