• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Catat Rekod Baharu Dunia Kes Covid-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India mencatat rekod global baharu pada Khamis selepas melaporkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 412,262 dalam tempoh sehari, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes setakat ini melebihi 21 juta manakala 3,980 lagi kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan mencecah 230,168 orang.

Ini kali kedua kes harian melebihi 400,000. dengan mencatatkan 401,993 jangkitan harian Sabtu lalu.

Seorang saintis terkemuka India pada Rabu, memberi amaran bahawa gelombang ketiga adalah sesuatu yang “tidak dapat dielakkan”.

Perdana Menteri, Narendra Modi yang berdepan kritikan kerana didakwa gagal menguruskan gelombang kedua, telah mengumumkan lebih banyak langkah untuk menangani situasi tersebut.

Ketika lonjakan jumlah kes yang mendadak, terdapat banyak permintaan untuk sekatan pergerakan di seluruh negara diambil untuk menghentikan penularan.

“Tidak ada pilihan lain selain mengenakan sekatan pergerakan secara menyeluruh untuk memutuskan rantaian jangkitan.

“Benar, sekatan pergerakan akan menjurus kepada lebih banyak kesulitan ekonomi, tetapi kita tiada pilihan. Dengan kes yang semakin meningkat, menunjukkan kita tidak bersedia menghadapi lonjakan kali ini,” kata ahli pulmonologi, Dr Digambar Behera. – BERNAMA

Tags: Covid-19India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd