• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Dikait Gurauan Rogol Dipindah Ke JPNS

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam, di sini ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) hingga siasatan berhubung mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), selesai. 

KPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya mengambil maklum akan laporan polis yang dibuat murid berhubung kejadian itu pada 24 April lalu. 

“Berikutan insiden itu dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan. Ketika ini, KPM menempatkan guru itu di JPNS hingga siasatan selesai. Tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini,” kata kenyataan itu. 

Kementerian juga meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen yang didakwa dibuat pengetua SMK Puncak Alam itu terhadap murid berkenaan menerusi laman Facebook.

“KPM mengesahkan laporan polis dibuat pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor. Beliau menafikan telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya digodam,” katanya. 

Sementara itu, mengenai Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah, KPM menjelaskan sekolah terbabit mengeluarkan enam surat kepada pelajar berkenaan pada 16 hingga 30 April lalu. 

“Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru, melalui sistem ini, akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama. 

“Surat ini kemudian akan dipos kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut,” katanya. 

Kata kenyataan itu, surat pemberitahuan itu dikeluarkan bertujuan memastikan ibu bapa atau penjaga, dan pihak sekolah mengetahui serta cakna akan kehadiran dan keberadaan murid semasa sesi persekolahan. 

“Tindakan ini membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan mengambil tindakan intervensi sewajarnya,” katanya. 

Sehubungan itu, KPM menegaskan pihaknya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah. – BH Online

Tags: Guru sekolahJPNSKPMPdPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Perlu Beralah Untuk Melawan Covid-19 – KPN

Next Post

6 Negeri Catat Kadar Rt COVID-19 1.20

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post

6 Negeri Catat Kadar Rt COVID-19 1.20

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd