• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Negeri Catat Kadar Rt COVID-19 1.20

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 pada nilai 1.20 dan ke atas, semalam.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twittter hari ini, negeri berkenaan adalah Kedah, yang mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.28, diikuti Terengganu (1.23), Pahang dan Perak (1.22) serta Melaka dan Negeri Sembilan (1.20).

Dr Noor Hisham memaklumkan, nilai Rt bagi seluruh negara semalam pula adalah 1.12, sedikit menurun berbanding 1.13 yang dicatatkan kelmarin.

Sementara itu, bagi negeri lain, Pulau Pinang mencatatkan nilai Rt 1.17, diikuti Selangor (1.15), Johor (1.13), Kuala Lumpur (1.10), Putrajaya (1.04) dan Sarawak (1.00).

Dua negeri mencatatkan nilai Rt di bawah satu iaitu Kelantan (0.96) dan Sabah (0.91), manakala Labuan mencatatkan tiga kes dan Perlis pula tiada kes.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu jumlah individu yang boleh dijangkiti oleh satu individu yang positif virus itu. Semakin besar nilai Rt, semakin tinggi kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif berkenaan.

Semalam, sebanyak 3,973 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 448,457 kes. 

Bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula hari ini hingga 7 Jun.

Serentak itu, rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP kecuali atas tujuan yang mendapat kebenaran pihak berkuasa, manakala aktiviti sosial termasuk kunjung-mengunjung pada Aidilfitri turut dilarang. – BH Online

Tags: Covid-19R-naughtRt
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd