• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Beralah Untuk Melawan Covid-19 – KPN

oleh
12/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyeru rakyat Malaysia supaya bersikap rasional serta beralah untuk melupakan seketika kegembiraan yang telah dinikmati sebelum ini bagi melawan pandemik Covid-19.

Acryl Sani berkata, meskipun Aidilfitri disambut dalam suasana hiba dan kerinduan untuk berkumpul bersama ayah dan bonda di kampung halaman, namun dalam situasi di mana nyawa menjadi taruhan, kita perlu beralah.

Menurutnya, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, inilah pengorbanan terbesar yang perlu dizahirkan untuk melawan pandemik.

“Kita perlu terlebih dahulu menang mengawal hati dan perasaan kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta bagi mengelakkan peningkatan kes positif Covid-19 dalam tempoh perayaan,” katanya melalui perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 pada Rabu.

Beliau berkata, pada saat berlabuhnya tirai Ramadan, maka bergemalah laungan takbir dan kalimah-kalimah tahmid menyambut ketibaan Syawal sebagai tanda kemenangan umat Islam telahpun menyempurnakan rukun Islam yang ketiga.

“Sebagaimana Ramadan yang dilalui berjaya mendidik kita untuk berjihad mengawal hawa nafsu dan menjadi hamba-Nya yang bertakwa, maka begitulah juga semangat dan pengorbanan yang dituntut ke atas kita dalam menentang ancaman Covid-19 sehingga ke penghujungnya,” katanya.

Acryl Sani berkata, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikasihi, cekalkanlah hati menempuh apa jua dugaan dalam dunia kepolisan yang penuh mencabar.

“Marilah kita terus berdiri meneruskan perjuangan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara kekal terpelihara,” katanya.

Beliau berkata, setiap kudrat yang telah dicurahkan, air mata yang sering kali jatuh dan diseka, diiringi oleh nawaitu yang ikhlas telah pun dijanjikan ganjaran oleh-Nya.

“Dengan penuh tawaduk, marilah kita bersama menadah tangan, memohon diberikan kekuatan dan perlindungan daripada ALLAH SWT agar dapat melaksanakan tanggungjawab hisbah hingga ke akhir tempoh perkhidmatan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Aidilfitripandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd