• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Bayar Cukai, Anak Najib Terima Notis Bankrap

oleh
18/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin juga menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lalu.

Peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Mohd Nazifuddin ketika dihubungi pemberita berkata, notis berkenaan telah diserahkan kepada anak guamnya pada 30 April lalu dan pihaknya telah memfailkan afidavit untuk membantah notis kebankrapan itu pada 6 Mei lalu.

“Mohd Nazifuddin juga akan memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan notis itu dan bagi menangguhkan prosiding kebangkrapan sebelum 9 Jun ini. Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 21 Jun,” katanya selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif pada Selasa.

Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Hasil, Al-Hummidallah Idrus dan Peguam Hasil, Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.

Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, kerajaan melalui LHDN memfailkan notis itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Februari lalu terhadap Mohd Nazifuddin, 38, selaku penghutang pada hari yang sama notis kebankrapan difailkan terhadap bapanya.

Berdasarkan notis berkenaan, Mohd Nazifuddin perlu membayar RM37.6 juta dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 6 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM1.1 juta serta kos RM10,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM38,758,370.93.

Najib, bekas perdana menteri, pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021 jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 6 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Mohd Nazifuddin telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 9 Ogos ini untuk mendengar rayuannya.

Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar hutang itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun beliau memfailkan rayuan.

Oleh itu, LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Mohd Nazifuddin kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini. – BERNAMA

Tags: LHDNmohd nazifuddinNajib Tun Razaknotis kebankrapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amalkan PKP Kendiri Elak Dijangkiti Varian Baharu Covid-19

Next Post

Ini Hasilnya Dalam Tempoh 4 Bulan Darurat+PKP2.0 – Najib

Related Posts

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

Selesaikan Tunggakan Cukai Menjelang Tahun Baharu

20/11/2024
0

PANTAS masa berlalu. Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi kita bakal meninggalkan tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

Bayar Cukai Pendapatan Elemen Cintakan Negara

16/10/2024
0

Sesebuah negara tidak akan berhadapan dengan isu pematuhan percukaian jika setiap warganegaranya memiliki kesedaran yang tinggi tentang tanggungjawab membayar cukai....

Next Post

Ini Hasilnya Dalam Tempoh 4 Bulan Darurat+PKP2.0 - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd