• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Di India Larang Guna Najis Lembu ‘Penawar’ COVID-19

oleh
11/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19.

Para doktor berkata, tiada bukti secara saintifik yang menunjukkan keberkesanan bahan berkenaan malah mengundang risiko penularan penyakit lain.

Krisis COVID-19 di India kini mencapai tahap kritikal dengan 22.66 juta kes positif dikesan di seluruh negara dan 246,116 kes kematian dilaporkan setakat ini.

Beberapa pakar percaya angka sebenar mungkin lima atau 10 kali ganda daripada yang dilaporkan.

Ramai pesakit turut dilaporkan tidak mendapat tempat di hospital, bekalan oksigen atau rawatan yang diperlukan.

Di Gujarat di barat India, ramai dilaporkan melawati pusat rawatan lembu sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melumur badan mereka dengan najis atau air kencing lembu.

Perkara berkenaan dipercayai dapat meningkatkan imuniti mereka atau mampu memulihkan mereka daripada virus COVID-19.

Masyarakat di India telah mengamalkan penggunaan najis lembu selama berabad-abad lamanya bagi membersihkan rumah mereka serta dalam ritual keagamaan kerana ia dipercayai mempunyai unsur terapeutik dan antiseptik.

Lembu dianggap sebagai simbol suci untuk kehidupan di dunia, menurut kepercayaan masyarakat India.

“Beberapa doktor turut sertai amalan tersebut di pusat berkenaan kerana mereka percaya ia merupakan terapi yang mampu meningkat tahap imuniti mereka bagi merawat pesakit tanpa rasa takut,” kata pengurus sebuah syarikat farmaseutikal Gautam Manilal Borisa.

Dia turut mendakwa amalan tersebut membantunya pulih daripada jangkitan COVID-19 tahun lepas.

Dia sering melawati Sekolah Shree Swaminarayan Gurukul Vishwavidya Pratishthanam yang diurus beberapa sami Hindu di Ahmedabad.

Sekolah berkenaan terletak di hadapan ibu pejabat syarikat Zydus Cadila yang sedang membangun satu lagi vaksin COVID-19.

Peserta di sekolah berkenaan akan melumur campuran najis dan air kencing lembu itu di badan mereka sebelum mengamalkan yoga bagi meningkatkan tahap tenaga dalam badan.

Para doktor dan saintis di seluruh India memberi amaran tentang rawatan alternatif tersebut dengan menyatakan ia berkemungkinan akan menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain.

“Tiada bukti saintifik yang menunjukkan najis atau air kencing lembu mampu meningkatkan tahap imuniti seseorang itu terhadap virus COVID-19.

“Amalan ini hanya berdasarkan kepercayaan yang diturunkan oleh generasi sebelum ini.

“Ia turut mengundang risiko penularan penyakit lain daripada haiwan kepada manusia,” kata Presiden Persatuan Kesihatan India, Dr JA Jayalal.

Selain itu amalan berkenaan dilihat akan menyumbang kepada penularan virus COVID-19 kerana melibatkan orang ramai berkumpul tanpa penjarakan fizikal. – Agensi

Tags: Covid-19Indianajis lembu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

Thailand Kurang Senang Dengan Pelancong India?

11/06/2026
0

Oleh Mynewshub BANGKOK – Thailand melaksanakan perubahan besar terhadap dasar kemasukan pelancong asing dengan menamatkan kemudahan visa bebas (visa-free) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd