• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Juruterbang Tentera Israel Kutuk Rejim Zionis

oleh
20/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Kerajaan haram Israel dan komander-komandernya adalah merupakan ‘penjenayah-penjenayah perang,’ kata bekas juruterbang Tentera Udara rejim Zionis, Yonata Shapira.

Dalam satu wawancara dengan agensi berita Anadolu Agency baru- baru ini, Shapira menjelaskan tentang kenapakah beliau menyertai perkhidmatan Tentera Israel sebelum ini.

Bekas juruterbang tersebut turut menceritakan bagaimana beliau boleh menyedari dirinya ketika itu merupakan sebahagian daripada anggota sebuah pertubuhan pengganas kerana menyerang penduduk Palestin.

Menurutnya, beliau menyedari Israel melakukan jenayah perang semasa berlakunya kebangkitan penduduk Palestin atau intifadah kedua bagi menentang penjajahan rejim Zionis yang bermula pada tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005.

Ujarnya, juruterbang-juruterbang itu menggugurkan misil-misil dan peluru berpandu-peluru berpandu di bandar-bandar Palestin.

Justeru, katanya, beliau kemudian menyedari tindakan tersebut merupakan satu jenayah perang.

Ekoran itu, katanya, beliau membuat keputusan bukan sahaja untuk meninggalkan perkhidmatan tentera Israel tetapi juga meminta beberapa juruterbang lain supaya tidak mengambil bahagian dalam jenayah perang tersebut.

Menurutnya di Israel, seorang kanak-kanak telah diajar tentang pendidikan ketenteraan rejim Zionis.

Katanya, kanak-kanak di Israel tidak mengetahui semua perkara tentang Palestin, peristiwa Nakba pada tahun 1948 atau penyingkiran lebih 700,000 penduduk Palestin dari negara haram Israel dalam perang Palestin dan penindasan-penindasan terhadap penduduk itu.

Katanya, penjajahan Israel ke atas Palestin merupakan satu bentuk jenayah perang dan beliau tidak bersedia mengambil bahagian dalam jenayah itu.

Semasa berkhidmat dengan Tentera Israel, Shapira turut melancarkan satu kempen yang meminta anggota-anggota tentera rejim Zionis untuk tidak mematuhi arahan supaya membedil penduduk Palestin.

Tindakan itu, tambahnya, menyebabkan beliau dan beberapa juruterbang lagi diketepikan daripada tentera rejim tersebut dengan mengambil kira tentang keadaan di Palestin ketika itu.

Dakwanya, beliau bersama 27 juruterbang pesawat telah ditamatkan jawatan daripada Tentera Udara Israel sejak tahun 2003.

Shapira turut dipecat daripada semua jawatannya di syarikat-syarikat swasta yang berjaya diperolehinya selepas penamatan perkhidmatannya iru.

Ini adalah kerana beliau menyertai tunjuk-tunjuk perasaan bagi menyokong hak-hak penduduk Palestin dan memberikan syarahan di kebanyakan negara di dunia tentang kekejaman Israel disebabkan Shapira merupakan anggota Pergerakan Boikot, Sekatan dan Nyahlabur Israel.

Beliau juga menyatakan Israel turut mengamalkan sistem apartied terhadap penduduk Palestin.

Shapira juga berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada masyarakat mengenai jenayah perang yang dilakukan oleh Tentera Israel melalui persidangan-persidangan antarabangsa.

Justeru, katanya, beliau terpaksa berpindah ke Norway dan meneruskan kelangsungan hidupnya di negara tersebut. – Agensi

Tags: juruterbang tentera udaraPalestinzionis israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd